Friday, May 21, 2010

selamat hari g.u.r.u..

dulu-dulu mase kat sekolah mesti time hari guru cik wan tayang muke bosan jek tiap kali tengok cikgu2 nyanyi lagu 'Guru Malaysia' tu...yelah..cikgu2 dah beso..manela excted nak nynyi lagu camtu..kot la kan,hehe...sekali..5 tahun kemudian..cik wan duk kat tempat yang sama...pastu evry year...16 Mei jek maka berkmandanglah lagu 'Kami Guru Malaysia' nyanyian mak2 kodok sekalian,hahaha...tu la..mengate orang lagi (*_+)..haha..tapi cik wan ngan kengkawan nyanyi best wooo..penuh warna dan kegembiraan.haha  (nak jugak tue~)....

pastu mase2 ni la sjak Usman Awang 'Guru oh Guru' orang duk bace...femes time ari guru jek..tak patut3...tapi baru mnggu lepas gakla cik wan jumpe sajak die yg penuh..selama nie tau setengah jek.pasal selalu nampak kat mural sekolah..ehehehe.....kepada cikgu2 dan bukan cikgu2, mehla kite menghayati sajak nie....
 
Puisi Guru O Guru
BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yand ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan di akhir hayat

Usman Awang
1979

selamat hari guru untuk abah dan umie(guru terbaekk dalam hidup cik wan)..cikgu-cikgu dari sekolah rendah,sekolah menengah..lectrer kat IPG KPM..dan untuk cik wan jugak..kekekeke...
(orang kate jadik cikgu best..sebab sampai kite pencen dan sampai bile2 pon orang tetap akan panggil kite cikgu..kire terkenal la kan...engneer orang x pngl engneer kat depan kan, tetap panggl name die kan,hahahaha...)
 

No comments: