Sunday, January 24, 2010

ulam raja....



pecaye atau tak...ni la first time dalam hidup makan ulam...ulam raja lagi.hahaha...(menurut rumate)...
sebab cik wan memang tak tau rupa ujud ulam raja tu macam mane...taunye sebut jek..ulam itu la...ulam ini la...cehh...gaye expert...padahal hampagas,huhu...
tapi bile dah makan..rase sedap jugak...jauh la dari rase pahit yang selame ni dok terbayang kalau tengok ulam-ulam nie..hahaha...dah tu dok tengah-tengah makan terase la mcam masam-masam sket...pahtu baru tau rupenye ulam raja memang ade rase gas die sendiri...haila...macam-mcam rupanya makanan nieh,haha

okay...sekarang meh kite tengok ape baeknya makan ulam raja nie...
boleh la lepas nie pegi pasar hari-hari nak cari ulam raja..hoho



KHASIAT ULAM RAJA

  • Ulamnya yang digelarkan "ulam raja" telah digunakan secara tradisi untuk memperbaiki peredaran darah dan mencuci darah, serta untuk menguatkan tulang.
  • Ulamnya mempunyai keupayaan antioksida (AEAC) yang amat tinggi, iaitu setiap 100 gram ulam yang segar mempunyai keupayaan antioksida yang sama dengan 2,400 miligram L-asid askorbik.
  • lebih dua puluh jenis bahan antioksida telah dikenal pasti dalam ulam raja.
  • Klorofom yang diekstrak dari daun ulam raja mengandungi pelbagai jenis bahan kimia semulajadi yang dikatakan dapat merencatkan aktiviti sesetengan bakteria dan fungus seperti candida albicans dan Bacillus subtilis serta E.Coli.

No comments: